Setiap orang pernah jatuh cinta, ingin mencintai dan dicintai dan mengharap setiap percintaan itu berakhir dgn sebuah perkahwinan. Tetapi, walau sekuat mana sayang dan setia pun kita pada seseorang, kalau dah ditetapkan dia bukan milik kita… sampai bila2 pun dia takkan menjadi milik kita tanpa izin-Nya. Justeru itu, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Hanya Allah Perancang yang terbaik dan hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Benar, kita sendiri tidak ketahui siapa jodoh kita, bila sudah tiba waktunya, perasaan yang begitu indah akan dirasai, dan waktu itu jugalah kita akan bersyukur gembira
****************************************************************
****************************************************************
‘Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita bukan untuk dirinya, Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya, Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T’
*****************************************************************
Pesanan untuk bakal imamku.....
Ikhlas Dariku.....
********************************************************************
“Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh,
Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.” :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~